Finding the right hotel just got a whole lot easier - HotelsCombined.com

2.1.12

Ayam Masak Merah

Ayam Masak Merah cukup sedap kalau dimakan dengan nasi putih. Jom tengok macam mana nak masak menu ni.

Bahan-bahan:

Ayam
Tepung gandum
Serbuk kunyit
Garam halus
Bawang merah
Bawang putih
Cili giling/Cili boh
Air
Gula
Buah tomato/Pes tomato/Asam keping
Bawang besar*
Daun ketumbar*
Daun bawang*
Lobak merah*

*sebagai hiasan dan penambah warna/seri dalam masakan

Cara-cara:

  1. Basuh ayam yang telah dipotong dengan tepung gandum untuk membuang bau hanyir dan bilas ayam sehingga bersih.
  2. Perap ayam dengan campuran garam halus dan serbuk kunyit selama 15 minit dan goreng sehingga masak.
  3. Untuk penyediaan kuah, panaskan kira-kira 3 sudu makan minyak masak di dalam kuali (guna api sederhana). Potong 1 biji bawang merah dan 1 biji bawang putih halus-halus (racik) dan tumiskan dua bahan ini bersama sehingga naik bau.
  4. Masukkan 1 sudu makan cili giling/cili boh dan tumis bersama bawang putih dan bawang merah tadi sehingga pecah minyak (boleh lihat cili dan minyak sebati dan warna minyak bertukar kemerahan-langkah ni penting dan akan tentukan samaada ayam masak merah anda akan jadi sedap untuk dimakan atau terpaksa tambah pak aji nanti =p).
  5. Masukkan 1/2 cawan air dan biar sehingga mendidih.
  6. Tambah 1 sudu makan gula, 1 sudu teh garam halus dan 1/2 biji tomato atau 1 sudu makan pes tomato atau 1/2 keping asam gelugor dan kacau sebati.
  7. Rasa kuah anda dan tambah gula, garam atau bahan asam (rujuk langkah 6) untuk ubah suai kadar rasa mengikut selera anda.
  8. Apabila kuah sedia, masukkan ayam yang telah digoreng tadi dan gaul sebati dengan kuah.
  9. Masukkan lobak merah yang diracik panjang dan halus, 1/2 buah tomato (lebihan buah tomato tadi-rujuk langkah 6 sekiranya anda menggunakan buah tomato sebagai perasa masam), bawang besar yang dipotong secara bulat (ring), daun sup dan daun bawang yang dipotong halus.
  10. Gaul sebati dan biarkan seketika sehingga ayam masak merah anda meruap. Tambah sedikit air sekiranya kuah anda terlalu pekat. Jangan tambah terlalu banyak air atau rasa kuah anda akan terjejas.
  11. Ayam Masak Merah sedia dihidang dan enak dimakan bersama nasi putih.

1.1.12

Nasi Putih

Zaman sekarang ni semua nak pakai mesin. Masak nasi pun dah jadi mudah tak macam orang dolu-dolu. Jom masak nasi cara mak-mak kite zaman dulu. Guna api dan periuk aluminum.

Bahan-bahan:

Beras
Air

Cara-cara:
  1. Basuh beras dengan air sehingga hilang warna keruh.
  2. Basuhan terakhir bilas dengan air (tanpa terkena tangan).
  3. Masukkan air ke dalam beras dengan kedalaman kira-kira 1 inci (ukuran dari permukaan beras bukan dari permukaan periuk)
  4. Gunakan api yang sederhana kuat pada peringkat permulaan supaya air dan beras mendidih dan biarkan periuk terbuka tanpa penutup.
  5. Kecilkan api apabila air di dalam periuk hampir kering dan beras kembang.
  6. Kacau beras dengan membalikkan bahagian bawah ke atas supaya beras masak sekata.
  7. Tutup periuk dan biarkan seketika (kira-kira 10-15 minit) supaya lebihan air di dalam periuk/nasi meruap.
  8. Tutup api setelah nasi sederhana kering.
  9. Siap dan boleh dihidangkan.
*Gambar dipinjam dari www.premiumleecher.com
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...