Finding the right hotel just got a whole lot easier - HotelsCombined.com

28.7.12

Sayur Petola Suun



Bahan-bahan:

Petola - belah dan potong kecil
Suun
Ikan bilis
Bawang putih dan bawang merah - hiris halus
Garam
Minyak zaitun
Air

Cara-cara:

  1. Panaskan minyak zaitun dan goreng ikan bilis sehingga hampir masak
  2. Masukkan bawang putih dan bawang merah dan tumis sehingga naik bau
  3. Masukkan petola yang telah di potong dan kacau rata
  4. Masukkan air dan biarkan mendidih
  5. Masukkan garam dan suun dan biarkan mereneh sehingga petola dan suun lembut
  6. Sayur petola suun sedia untuk dihidang

Vermicelli Goreng Aglio Olio



Bahan-bahan:

Pasta vermicelli - rebus hingga masak
Isi Udang - bersihkan. rebus kulit, kepala dan ekor udang berasingan sebagai stok
Minyak zaitun - untuk menumis
Bawang putih - hiris halus
Cili boh
Bawang besar - potong dadu
Tomato - potong dadu
Oregano
Thyme
Gula dan garam - sebagai perasa

Cara-cara:

  1. Panaskan minyak zaitun dan tumis bawang putih sehingga naik bau.
  2. Masukkan cili boh dan tumis sehingga pecah minyak.
  3. Masukkan air rebusan stok udang dan biarkan sehingga mendidih
  4. Masukkan bawang besar dan tomato yang dipotong dadu, gula dan garam, sedikit oregano dan thyme.
  5. Apabila kuah memekat, pastikan rasa kuah cukup kuat dengan menambah gula atau garam sebagai perasa.
  6. Masukkan isi udang dan pasta vermicelli dan kacau rata.
  7. Tambah oregano, thyme dan minyak zaitun jika suka.
  8. Vermicelli goreng ala aglio olio sedia dihidang.

23.7.12

Kepah Masak Hijau


Bahan-bahan:

Kepah - bersihkan
Minyak zaitun - untuk menumis
Bawang putih & bawang merah - hiris halus
Cili hijau - tumbuk halus
Serai
Garam & gula - sebagai perasa
Air

Cara-cara:

  1. Panaskan minyak zaitun dan tumis bawang puth dan bawang merah sehingga naik bau
  2. Masukkan cili hijau dan tumis hingga masak dan pecah minyak
  3. Masukkan gula, garam dan serai dan kacau rata
  4. Masukkan kepah dan kacau rata
  5. Masukkan air dan biarkan seketika sehingga kepah masak dan mendidih
  6. Kepah masak hijau sedia untuk dihidang

Vermicelli Goreng ala Carbonara





Bahan-bahan:

Pasta vermicelli - rebus hingga masak
Bawang putih - hiris halus
Minyak zaitun
Oregano
Garam
Lada putih
Isi kepah

Cara-cara:

  1. Panaskan minyak zaitun dan tumis bawang putih hingga naik bau
  2. Masukkan kepah dan goreng hingga masak
  3. Masukkan pasta vermicelli dan kacau rata
  4. Taburkan oregano, garam dan lada putih dan kacau rata
  5. Pasta vermicelli goreng ala carbonara siap untuk dihidang

21.7.12

Butter Prawn


Bahan-bahan:

Udang - bersihkan dan perap dengan garam kunyi
Mentega atau butter
Susu rendah lemak
Bawang putih dan bawang merah - hiris nipis
Daun kari
Serbuk kunyit sebagai pewarna dan penambah rasa
Gula dan garam sebagai perasa
Minyak masak untuk menumis

Cara-cara:

1. Goreng udang yang telah diperap sehingga masak dan ketepikan.
2. Panaskan minyak masak dan masukkan mentega atau butter sehingga berbuih.
3. Tumis bawang putih, bawang merah, daun kari dan serbuk kunyit sehingga naik bau.
3. Masukkan susu rendah lemak dan udang yang telah digoreng tadi.
4. Masukkan garam dan gula secukupnya dan biarkan sehingga mendidih seketika.
5. Tutupkan api dan butter prawn sedia untuk dihidang.

Selamat mencuba!

2.1.12

Ayam Masak Merah

Ayam Masak Merah cukup sedap kalau dimakan dengan nasi putih. Jom tengok macam mana nak masak menu ni.

Bahan-bahan:

Ayam
Tepung gandum
Serbuk kunyit
Garam halus
Bawang merah
Bawang putih
Cili giling/Cili boh
Air
Gula
Buah tomato/Pes tomato/Asam keping
Bawang besar*
Daun ketumbar*
Daun bawang*
Lobak merah*

*sebagai hiasan dan penambah warna/seri dalam masakan

Cara-cara:

  1. Basuh ayam yang telah dipotong dengan tepung gandum untuk membuang bau hanyir dan bilas ayam sehingga bersih.
  2. Perap ayam dengan campuran garam halus dan serbuk kunyit selama 15 minit dan goreng sehingga masak.
  3. Untuk penyediaan kuah, panaskan kira-kira 3 sudu makan minyak masak di dalam kuali (guna api sederhana). Potong 1 biji bawang merah dan 1 biji bawang putih halus-halus (racik) dan tumiskan dua bahan ini bersama sehingga naik bau.
  4. Masukkan 1 sudu makan cili giling/cili boh dan tumis bersama bawang putih dan bawang merah tadi sehingga pecah minyak (boleh lihat cili dan minyak sebati dan warna minyak bertukar kemerahan-langkah ni penting dan akan tentukan samaada ayam masak merah anda akan jadi sedap untuk dimakan atau terpaksa tambah pak aji nanti =p).
  5. Masukkan 1/2 cawan air dan biar sehingga mendidih.
  6. Tambah 1 sudu makan gula, 1 sudu teh garam halus dan 1/2 biji tomato atau 1 sudu makan pes tomato atau 1/2 keping asam gelugor dan kacau sebati.
  7. Rasa kuah anda dan tambah gula, garam atau bahan asam (rujuk langkah 6) untuk ubah suai kadar rasa mengikut selera anda.
  8. Apabila kuah sedia, masukkan ayam yang telah digoreng tadi dan gaul sebati dengan kuah.
  9. Masukkan lobak merah yang diracik panjang dan halus, 1/2 buah tomato (lebihan buah tomato tadi-rujuk langkah 6 sekiranya anda menggunakan buah tomato sebagai perasa masam), bawang besar yang dipotong secara bulat (ring), daun sup dan daun bawang yang dipotong halus.
  10. Gaul sebati dan biarkan seketika sehingga ayam masak merah anda meruap. Tambah sedikit air sekiranya kuah anda terlalu pekat. Jangan tambah terlalu banyak air atau rasa kuah anda akan terjejas.
  11. Ayam Masak Merah sedia dihidang dan enak dimakan bersama nasi putih.

1.1.12

Nasi Putih

Zaman sekarang ni semua nak pakai mesin. Masak nasi pun dah jadi mudah tak macam orang dolu-dolu. Jom masak nasi cara mak-mak kite zaman dulu. Guna api dan periuk aluminum.

Bahan-bahan:

Beras
Air

Cara-cara:
  1. Basuh beras dengan air sehingga hilang warna keruh.
  2. Basuhan terakhir bilas dengan air (tanpa terkena tangan).
  3. Masukkan air ke dalam beras dengan kedalaman kira-kira 1 inci (ukuran dari permukaan beras bukan dari permukaan periuk)
  4. Gunakan api yang sederhana kuat pada peringkat permulaan supaya air dan beras mendidih dan biarkan periuk terbuka tanpa penutup.
  5. Kecilkan api apabila air di dalam periuk hampir kering dan beras kembang.
  6. Kacau beras dengan membalikkan bahagian bawah ke atas supaya beras masak sekata.
  7. Tutup periuk dan biarkan seketika (kira-kira 10-15 minit) supaya lebihan air di dalam periuk/nasi meruap.
  8. Tutup api setelah nasi sederhana kering.
  9. Siap dan boleh dihidangkan.
*Gambar dipinjam dari www.premiumleecher.com
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...