Bahan-bahan:
Ayam
Tepung gandum
Serbuk kunyit
Garam halus
Bawang merah
Bawang putih
Cili giling/Cili boh
Air
Gula
Buah tomato/Pes tomato/Asam keping
Bawang besar*
Daun ketumbar*
Daun bawang*
Lobak merah*
*sebagai hiasan dan penambah warna/seri dalam masakan
Cara-cara:
- Basuh ayam yang telah dipotong dengan tepung gandum untuk membuang bau hanyir dan bilas ayam sehingga bersih.
- Perap ayam dengan campuran garam halus dan serbuk kunyit selama 15 minit dan goreng sehingga masak.
- Untuk penyediaan kuah, panaskan kira-kira 3 sudu makan minyak masak di dalam kuali (guna api sederhana). Potong 1 biji bawang merah dan 1 biji bawang putih halus-halus (racik) dan tumiskan dua bahan ini bersama sehingga naik bau.
- Masukkan 1 sudu makan cili giling/cili boh dan tumis bersama bawang putih dan bawang merah tadi sehingga pecah minyak (boleh lihat cili dan minyak sebati dan warna minyak bertukar kemerahan-langkah ni penting dan akan tentukan samaada ayam masak merah anda akan jadi sedap untuk dimakan atau terpaksa tambah pak aji nanti =p).
- Masukkan 1/2 cawan air dan biar sehingga mendidih.
- Tambah 1 sudu makan gula, 1 sudu teh garam halus dan 1/2 biji tomato atau 1 sudu makan pes tomato atau 1/2 keping asam gelugor dan kacau sebati.
- Rasa kuah anda dan tambah gula, garam atau bahan asam (rujuk langkah 6) untuk ubah suai kadar rasa mengikut selera anda.
- Apabila kuah sedia, masukkan ayam yang telah digoreng tadi dan gaul sebati dengan kuah.
- Masukkan lobak merah yang diracik panjang dan halus, 1/2 buah tomato (lebihan buah tomato tadi-rujuk langkah 6 sekiranya anda menggunakan buah tomato sebagai perasa masam), bawang besar yang dipotong secara bulat (ring), daun sup dan daun bawang yang dipotong halus.
- Gaul sebati dan biarkan seketika sehingga ayam masak merah anda meruap. Tambah sedikit air sekiranya kuah anda terlalu pekat. Jangan tambah terlalu banyak air atau rasa kuah anda akan terjejas.
- Ayam Masak Merah sedia dihidang dan enak dimakan bersama nasi putih.
*Gambar dari www.damienphotography.com



0 pendapat:
Post a Comment